HASIL PENELITIAN
Peramalan Kadar Endometriosis
Menggunakan Model Regresi Logistik
Sardjana Atmadja
Fakultas Kedokteran Ilmu Kesehatan Universitas Islam Negri Syarif Hidayatullah Jakarta
ABSTRAK
Endometriosis ditandai sebagai kesakitan di bawah abdomen semasa haid. Kajian ini
dijalankan untuk melihat hubungan antara ketidakhadiran pelajar / wanita ke kuliah dengan gejala
dismenorea primer yang dialami semasa haid. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mendapatkan
profil pelajar / mahasiswi dan faktor-faktor yang mempengaruhi dismenorea primer.
Penelitian dilakukan di Klinik Kesehatan Reproduksi Permata Hati Malang. Model regresi
logistik telah digunakan untuk mengkaji faktor-faktor utama terjadinya dismenorea di kalangan
pelajar / mahasiswa tersebut. Didapatai bahwa kadar prevalen dimenorea di kalangan pelajar
Kampus Kejuruteraan, model regresi logistik telah digunakan untuk faktor-faktor utama yang
menyumbang kepada berlakunya dismenorea di kalangan pelajar / mahasiswi. Antara faktor yang
diminati ialah menarke, haid, masa sekitar haid dan volume kehilangan darah. Dari model regresi
logistik didapati bahwa terdapat tiga faktor yang mempengaruhi terjadinya dismenorea di
kalangan pelajar / mahasiswi yaitu menarke, masa sekitar haid dan volume darah haid.
Kata kunci: Model regresi logistik; dismenorea, menarke.
LATAR BELAKANG
Penggunaan model regresi logistik telah berkembang pesat
seiring dengan kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi
kedokteran (IPTEKDOK). Penggunaan dalam bidang
penyelidikan epidemiologi klinik telah meluas ke bidang-
bidang biomolekuler, ekologi, farmakologi klinik.
Analisis regresi logistik pertama kali dicadangkan oleh
Cox(1970). Model regresi logistik merupakan tes model linear
teritlak seperti yang diperkenalkan oleh Nelder dan
Wedderburn (1972). Hosmer dan Lemeshow (2000) telah
membincangkan dengan mendalam mengenai model regresi
logistik.
Makalah ini membicarakan penggunaan model regresi
logistik untuk meramalkan terjadinya endometriosis di
kalangan pelajar/mahasiswi Malang. Dismenorea ialah nyeri
yang dirasai di bawah abdomen semasa haid. Dismenorea
sering dihadapi oleh wanita.
Penyakit endometriosis dapat menyebabkan pelajar /
mahasiswi tidak dapat masuk sekolah / kuliah. Sardjana (1998)
mendapati bahwa 20% pelajar/ mahasiswi Malang mengalami
penyakit endometriosis dan tidak dapat sekolah / kuliah.
Syamsul dkk.(1997) melaporkan bahwa 10% pekerja wanita
dengan dismenorea mengalami kesakitan yang serius akibat
dismenorea dan tidak boleh bekerja. Alkaff (1996) melaporkan
bahwa 52% pelajar di Yogyakarta tidak dapat melakukan
aktivitas harian dengan baik selama mengalami haid.
DATA
Penelitian dilakukan di kalangan pelajar / mahasiswi.
Sebanyak 123 pelajar / mahasiswi telah dipilih secara acak
untuk menjawab kuesioner penelitian. Lima skala tak bersandar
telah dipilih untuk analisis.
Tabel 1. Pembolehubah kajian
Pembolehubah Huraian
Kod
Dys
mengalami dismenorea atau
tidak
Dura 1
Jangka masa haid
Leng 1
Lama sekitar haid
Menarke Permulaan
menarke
Mens 1
Kadar pengeluaran
Reg Haid
normal
Cermin Dunia Kedokteran No. 150, 2006 55
MODEL REGRESI LOGISTIK
Jika (x) = E(Y / x) ialah min bersyarat apabila sebaran
logistik digunakan, maka model regresi logistik ditakrifkan
seperti yang berikut:
(x) =
-
+
=
n
i
i
i
1
0
exp
1
1
(1)
dengan
0
,
1
, ... ,
n
ialah bagi pembolehubah tak bersandar
dan x
1,
x
2
, ..., x
n
ialah pembolehubah tak bersandar.
Penjelmaan logit terhadap (x), memberikan logit bagi
model regresi logit bagi model regresi logistik seperti yang
berikut:
g(x) = In
( )
( )
- x
x
1
=
0
+
1
X
1
+ ... +
n
X
n
(2)
HASIL DAN ANALISIS
Tabel 2. Corak kitaran haid bagi pelajar
Ciri
Dismenorea
n = 71
Bukan
Dismenorea
n = 52
Nilai-p bagi
Ujian khi-
kuasadua
Menarke
Min
Sisihan piawai
11-12 tahun
13 tahun
14-16 tahun
12,86
1,23
32
24
15
12,98
1,20
23
11
18
0,770
Kelaziman haid
Normal
58 44 0,400
Tak normal
13
7
Tempoh kitaran
<= 30 hari
> 30 hari
57
9
35
14
0,048
Jangkamasa haid
<= 6 hari
> 6 hari
42
28
26
24
0,383
Kadar pengeluran
haid
Banyak
Sedikit
48
22
46
6
0,010
Langkah 2 memberikan statistik berperihalan serta ujian
khi-kuasadua yang dilakukan untuk menentukan sama ada
terdapat perbedaan antara kumpulan dengan penyakit
dismenorea dengan kumpulan bukan dismenorea. Dari langkah
2 didapati bahwa kadar pengeluaran haid dan lama haid
memberikan perbedaan berarti terhadap dismenorea. Walau
menarke, kelaziman haid dan jangka masa haid tidak
bermakna.
Dengan menggunakan kaidah regresi logistik ke belakang
menggunakan kriteria penyingkiran melalui ujian nisbah
kebolehjadian, model regresi linear logistik diberikan seperti
yang berikut:
(x) =
(
{
)}
3
2
1
077
,
1
132
,
1
916
,
0
099
,
0
exp
1
1
x
x
x
-
+
-
-
+
(3)
dengan x
1
ialah lama haid, x
2
ialah kadar pengeluaran haid dan
x
3
ialah permulaan menarke.
Maka, logit bagi model regresi logistik diberikan oleh:
g(x) = In
( )
( )
- x
x
1
= 0,099 0,916x
1
+ 1,312x
2
- 1,077x
3
(4)
Ujian Hosmer dan Lemeshow menunjukkan bahwa model
tersuai dengan baik (Nilai ujian khi-kuasa dua ialah 2,847
dengan nilai-p = 0,416). Daripada Persamaan. (3) dan (4),
didapati bahwa penyumbang kepada dismenortea ialah lama
haid, kadar pengeluaran haid dan permulaan menarke. Dengan
melihat kepada nisbah capai tak capai (odds) didapati bahwa
risiko pelajar mengalami dismenorea adalah (i) 2,5 kali ganda
lebih tinggi bagi mereka yang mempunyai tempoh kitaran haid
yang tinggi, (ii) 3,7 kali ganda lebih tinggi bagi mereka yang
mempunyai kadar pengeluaran haid yang sedikit dan (iii) tiga
kali ganda lebih tinggi bagi mereka yang menarkenya lebih
daripada 13 tahun.
KESIMPULAN
Di kalangan pelajar/mahasiswi Malang, 58% dan 20%
dilaporkan tidak dapat hadir kuliah disebabkan dismenorea.
Persamaan
(4)
memberikan logit bagi model regresi linear
logistik. Dari model ini disimpulkan bahwa tiga faktor yang
mempengaruhi dismenorea yaitu lama kisaran haid, kadar
pengeluaran haid dan permulaan menarke manakala
jangkamasa haid dan kelaziman haid adalah tidak berarti.
Keputusan ini sama dengan penelitian Andersch dan Milsorm
(dalam Ng dkk.,1992).
Para peneliti lain seperti Harlow dan Park, dan Sundell
dkk. (dalam Ng dkk. 1992) mendapati dismenorea dipengaruhi
oleh beberapa pembolehubah termasuk menarke dan
peningkatan tempoh haid. Kajian ini juga mendapati bahwa
risiko mendapat dismenorea meningkat jika pelajar mempunyai
tempoh kitaran haid yang tinggi, kadar pengeluaran haid yang
sedikit dan menarke lebih daripada 13 tahun.
KEPUSTAKAAN
1.
Alkaf F .Terapi Pilihan Endometriosis. Yogyakarta BP 1996 ; 19 : 9- 11
2.
Cox DR. The Analysis of Binary Data. London: Methuen and Co. 1970.
3.
Hosmer DW, Lemeshow S. Applied Logistic Regression, 2
nd
ed. John
Wiley & Sons. 2000.
4.
Htut Y, Amran A, Shukri YA. A Prevalence Study Of Dysmenorrhoea In
Students From Universiti Sains Malaysia, Perak Branch Campus, Tronoh.
Med.J. Malaysia 1997; 51: 264-269.
5.
Nelder JA, Weddeburn RWM. Generalized Linear Models. J. Roy.
Statistical Soc. A. 1972;135: 370-384.
6.
Ng TR, Tan TC, Wansaicheong GK. A Prevalence Study Of
Dysmenorrhoea In Female Residents Aged 15-54 Years In Clementi
Town, Singapore. Ann. Acad. Med. Singapore 1992;21(3): 323-327.
7.
Samsul H. Terapi alternative endometriosis. SBY 1997; 13 : 4- 5
8.
Sardjana. Prevalensi Endometriosis pelajar dan mahasiswi di Malang. PIT
2000; 22: 23- 27
Cermin Dunia Kedokteran No. 150, 2006
56